SEMANGAT PATRIOTISME
Assalamualaikum W.B.T. dapat kita bersua lagi di dalam blog ini...Harini saya akan membuat blog berkenaan pengalaman ujian bertutur tentang semangat patriotisme yang dilakukan oleh kelas saya pada pagi tadi. Memang tidak dapat saya nafikan perasaan pertama yang muncul semestinya gementar dan takut sebeb ini merupakan kali pertama dan dilakukan secara maya sahaja.Baik tanpa membuang masa saya akan mulakan menceritakan maklumat tentang jawapan yang saya telah dapatkan di bawah. Pernahkah kamu semua mendengarkan lagu yang terdapat di negara kita yang mempunyai nilai patriotisme?Baiklah jika begitu marilah kita mengulas pertanyaan tersebut. Seperti yang kita semua sedia maklum di negara kita terdapat pelbagai jenis lagu yang membawa kepada nilai patriotisme.Antaranya termasuklah lagu Faizal Tahir yang bertajuk Gemuruh, Gemilang nyanyian Jaclyn Victor dan banyak lagi. ...